Wanita Kongsi Detik Cemas Warga Asing Cuba Buka Pintu Kereta

3

Baru-baru ini seorang wanita berkongsi detik cemas berhadapan dengan kelakuan biadap seorang warga asing yang cuba membuka pintu keretanya beberapa kali.

pintu

Wanita tersebut berkongsi di Facebooknya detik cemas tersebut dan menasihati agar wanita lain turut berhati-hati ketika berada di kawasan Ampang, Selangor.

Menurut wanita yang dikenali sebagai Ez Azhar, kejadian berlaku pada 25 Februari baru-baru ini ketika dia berada di dalam kereta di kawasan parkir rumah kedai di Kg Tasek Tambahan, Ampang.

pintu

Katanya lagi, ketika itulah datang seorang lelaki yang disyaki warga asing ke arah keretanya dan cuba membuka pintu keretanya beberapa kali.

pintu

Kemudian dia bertindak menghubungi suaminya meminta tolong. Suaminya bergegas ke tempat kejadian dan ketika sampai, lelaki berkenaan masih ada lagi dan tidak lari.

pintu

Lebih memeranjatkan, lelaki berkenaan mendakwa wanita itu adalah saudaranya. Berikutan itu, wanita dan suaminya terus ke balai polis membuat laporan.

Sumber Berita: Facebook

Comments

comments

Tinggalkan komen anda