(VIDEO)Wanita Bunuh Anak Sendiri, Bunuh Diri Kerana Beban Hutang Dengan Lintah Darat

2

Seorang ibu yang maut terjun dari sebuah jambatan sambil memeluk anaknya mendedahkan yang dia diburu oleh lintah darat atau ‘Along’ dalam surat nota bunuh dirinya.


Paola Moreno Cruz, 32, dan anak lelakinya May Ceballos terbunuh setelah dia terjun dari jambatan setinggi 100 meter di Tolima, Colombia, membawa anaknya bersama dalam pelukan. Rakaman video menunjukkan yang penyelamat dan orang awam memberi reaksi terkejut susulan insiden tersebut minggu lepas.

Rakaman video  yang mengharukan itu boleh ditonton di bawah:


Anak lelakinya merayu agar dia tidak terjun dalam insiden itu tetapi tidak dipedulikan.

Perkhidmatan kecemasan telah cuba untuk memujuknya agar tidak terjun tetapi gagal memujuknya untuk naik kembali ke bahagian jalan.

Nota bunuh diri Puan Cruz kini telah diedarkan kepada media tempatan, menekankan mengenai masalah kewangan yang dialaminya, termasuk insiden dihalau dari rumah sewanya dan bagaimana dia telah meminjam wang dari lintah darat dengan faedah setinggi 20-40%.

Menurut surat itu, dia memutuskan untuk mengakhiri nyawanya dan nyawa anaknya, setelah diugut oleh pihak yang meminjamkan wang kepadanya. Dia menulis:

Mak tak boleh terima hakikat ada manusia akan mencederakan kamu (anak) atas apa yang mak dah lakukan, mak lebih suka kita pergi dan tinggalkan dunia ini.

Mak tak ada harapan. Mak dah kalah dan dimalukan. Lelaki yang beritahu dia cintakan mak sudah tinggalkan mak sendirian. Sangat sendirian.

Dia juga berkata telah ditinggalkan lelaki yang dicintainya dan tiada apa-apa yang tinggal.

Mayat Puan Cruz dan anak lelakinya telah ditemui di sungai bawah Jambatan La Viariante di komuniti Ibague. Mereka dikebumikan bersama dalam upacara yang dihadiri ahli keluarga dan penduduk tempatan.

Polis sedang menyiasat kematian mereka.-amazingnara.com via Metro UK

Comments

comments

Tinggalkan komen anda