(Video) Remaja Kantoi Guna Nombor Plat ‘Bossku’, Menangis Apabila Disuruh Buang

73

Tindakan seorang remaja menukar nombor pendaftaran (nombor plat) motosikalnya dengan ejaan ‘bossku’ mengundang padah apabila dia ditahan oleh pihak berkuasa.

plat

Remaja berkenaan diminta untuk membuang nombor plat tampal buang itu dengan segera

Video kejadian tersebut tular di media sosial semalam. Dalam video itu, remaja berkenaan dilihat sedang membuang nombor plat pada sebuah motor sambil menangis.

Kedengaran juga suara dipercayai pegawai bertugas yang menyoal kenapa dia menggunakan nombor plat itu.

plat

Malah, ketika pegawai tersebut ingin menggarinya, remaja itu semakin kuat menangis.

Bagaimanapun tidak diketahui apakah kesudahan kes tersebut. Namun dapat dilihat pegawai-pegawai yang bertugas itu hanya bergurau dan menggertak remaja berkenaan. Dalam masa yang sama juga, mereka memberi amaran agar remaja itu tidak mengulangi lagi perbuatannya.

Mengikut undang-undang jalan raya, nombor plat kenderaan tidak boleh diubah sewenang-wenangnya. Semoga kejadian ini memberi pengajaran kepada yang lain.

Sumber Berita: Sinar Harian Online

Comments

comments

Tinggalkan komen anda