Stephen Chow Sahkan ‘Kung Fu Hustle 2’ Kini Dalam Pembikinan

2

15 tahun lepas, Stephen Chow telah mengarahkan antara filem terbaik dan paling berjayanya, iaitu Kung Fu Hustle. Pada tahun 2005, dia pernah menyuarakan hasrat untuk menghasilkan sekuel filem itu, namun seterusnya mengeluarkan filem-filem lain seperti CJ7 (2008), The Mermaid (2016) dan terbaru, The New King of Comedy (2019).


Stephen dalam satu temubual untuk promosi The New King of Comedy bagaimanapun mengesahkan bahawa sekuel Kung Fu Hustle kini dalam perancangan. Kerja-kerja pembikinan filem itu akan dimulakan setelah Stephen menghasilkan sekuel The Mermaid yang kini rancak difilemkan.

Stephen bagaimanapun tidak akan berlakon dalam filem tersebut dan besar kemungkinan hanya muncul sebagai cameo.

Kung Fu Hustle yang diterbitkan pada tahun 2004 ialah filem pertahanan diri yang dihasilkan Stephen kerana kecintaannya kepada seni pertahanan diri cina, Kung Fu, dan juga sebagai penghargaan kepada idolanya, – Bruce Lee. – amazingnara.com

Comments

comments

Tinggalkan komen anda