“Sekarang Saya Hanya Tinggi, Hitam Dan Rajinikanth”-Imej Terbaharu KJ Jadi Perhatian Netizen

43

Bekas Menteri Belia & Sukan, Khairy Jamaluddin (KJ) sinonim dengan jolokan ‘tall, dark and handsome’. Tidak dinafikan beliau antara ahli politik yang paling popular di kalangan wanita.

kj

Imej dan auranya sebagai seorang lelaki yang mempunyai ketinggian, berkulit gelap dan kacak menjadi pujaan ramai wanita.

Malah, pengikutnya di Instagram hampir mencecah sejuta orang. Namun, sejak akhir-akhir ini imejnya kelihatan berubah dengan drastik.

kj

Daripada seorang yang sering tampil kemas dan segak, beliau kini kelihatan seperti tidak terurus dengan menyimpan jambang serta beruban. Rambutnya juga kelihatan agak panjang berbanding sebelum ini.

Perubahannya itu disedari oleh netizen yang rata-rata tertanya apa sudah jadi kepada idola mereka itu.

Malah Khairy sendiri dalam posting terbaharunya di Instagram menulis kapsyen bahawa dia kini hanya tinggi, hitam dan Rajinikanth.

kj

Kapsyennya itu mengundang pelbagai komen daripada netizen. Selain mengatakan imej terbaharu Khairy sebagai serabut dan selekeh, ada juga netizen yang tetap menyokongnya.

kj

kj

Jadi, bagaimana pendapat anda, okay atau tidak imej terbaharu Ahli Perlimen Rembau ini?

Sumber Berita: Instagram

Comments

comments

Tinggalkan komen anda