Restoran Fast Food Terkenal Filipina Jollibee Rancang Buka 100 Cawangan Di Malaysia

1

Mendapat sambutan yang memberangsangkan selepas pembukaan cawangan pertama mereka di Kota Kinabalu, Sabah pada Disember tahun lalu, rangkaian restoran makanan segera popular dari Filipina, Jollibee Foods Corporation merancang untuk membuka sebanyak 100 lagi cawangan diseluruh Malaysia dalam tempoh 10 tahun.

Kira-kira 50 buah cawangan akan dibuka di Sabah dan Sarawak dan separuh lagi di seluruh semenanjung Malaysia.

Dikenali dengan ikon seekor lebah yang lengkap dengan topi chef dan tali leher serta menu ayam goreng Chicken Joy yang sedap, Jollibee merupakan syarikat restoran Asia yang terbesar dan paling cepat berkembang di dunia (menduduki tempat ke 11 dalam carta).

Popularitinya di Filipina tidak dapat ditandingi, mengalahkan pesaing utamanya dua kali ganda dan cawangannya di luar negara mempunyai kejayaan yang sama.

Jollibee Malaysia menyediakan menu bebas daging babi dan difahamkan pihak mereka sedang dalam proses untuk mendapatkan sijil halal. Ini bukan kali pertama rangkaian restoran itu beroperasi di negara Islam, Jollibee turut mempunyai cawangan di Brunei, Arab Saudi dan UAE.

Berita baik untuk penggemar ayam goreng di Malaysia, tidak sabar rasanya untuk mencuba menu Jollibee.

Sumber Berita : Business Insider Malaysia

Kredit Foto : Jollibee & Instagram Sabah Food Directory

Kredit Video : YouTube Jollibee Studios

Comments

comments

Tinggalkan komen anda