Pelakon Wanita Malaysia Tersenarai Di Antara 100 Wajah Tercantik 2017

91

Pelakon wanita dan model Yumi Wong (gambar) telah tersenarai di antara 100 wajah tercantik 2017 yang dikeluarkan oleh TC Candler -Independent Critics.

Menurut akhbar itu, wanita berusia 28 tahun itu yang lebih dikenali sebagai “Anglababy” Malaysia telah menduduki ranking ke 57.

Apa yang lebih mengejutkan lagi adalah rankingnya adalah lebih tinggi berbanding pelakon terkenal Korea Selatan, Park Shin-hye.

Wong memulakan kariernya di Malaysia 3 tahun lalu apabila diberikan tugas sebagai watak utama di dalam filem Ah Beng: Mission Impossible.

Kemudian dia memperkembangkan lagi kariernya dengan mucul di dalam beberapa filem dan drama bersiri di Taiwan dan China.

Setakat ini beliau sudah mempunyai peminat lebih dari 450,000 orang pada laman Facebooknya.

Comments

comments

Tinggalkan komen anda