Kecoh Satu Bandar Bomba Selamatkan Tikus Montel Tersekat Dalam Penutup Lubang

176

Umum mengetahui tugas bomba bukan sahaja memadam api tetapi juga menyelamatkan manusia dan juga haiwan yang ditimpa kemalangan.

tikus

Namun satu kejadian yang berlaku di Bensheim, Jerman benar-benar menarik perhatian penduduk di situ. Apa tidaknya, seekor tikus montel berjaya diselamatkan oleh bomba dan penyelamat haiwan yang tersekat dalam penutup lubang.

Keadaan tikus yang tersekat itu pada mulanya dilihat oleh dia kanak-kanak perempuan sebelum menghubungi talian kecemasan.

tikus

Haiwan kecil itu akhirnya berjaya dikeluarkan oleh anggota bomba bersama penyelamat haiwan sebelum dilepaskan kembali.

Pada mulanya seorang penyelamat haiwan yang tiba lebih awal ke situ cuba mengeluarkan tikus malang tersebut tetapi tidak berjaya. Kemudian datang bomba untuk membantu.

Seramai sembilan orang anggota bomba diperlukan untuk menyelamatkan tikus tersebut. Menurut mereka, tikus tersebut tersekat pada bahagian pinggul dan langsung tidak boleh bergerak.

tikus

Biarpun tikus adalah haiwan yang tidak disukai dan kotor, tetapi mereka juga berhak diselamatkan dan dihormati.

Sumber Berita: Daily Mail

Comments

comments

Tinggalkan komen anda