Gara-gara Tidak Vaksin, Dua Anak Meninggal Dunia, Ibu Bapa Relaks Tidak Rasa Bersalah

2

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, sering kita dengari mengenai satu gerakan yang menentang suntikan vaksin terhadap kanak-kanak. Mereka biasanya terdiri dari ibu bapa yang percaya anak yang disuntik vaksin akan mendapat penyakit autisme, menyebabkan anak-anak ini tidak dihantar untuk mendapatkan suntikan vaksin.


Disebabkan itu, anak-anak ini terdedah kepada penyakit-penyakit yang sepatutnya boleh dielakkan jika mereka mengambil suntikan vaksin.

Sebenarnya, vaksin patut diambil untuk melindungi-kanak-kanak. Malah, dengan mengambil suntikan vaksin, kita berupaya melindungi golongan yang masih terlalu kecil untuk suntikan vaksin seperti bayi dari dijangkiti penyakit ini sebagai kesan imuniti berkumpulan.

Ia juga bertujuan untuk melindungi mereka yang sedang lemah sistem imunnya seperti pesakit yang mengambil ubatan, mereka yang berpenyakit kronik seperti diabetes, serta orang tua yang mempunyai risiko lebih tinggi untuk mengalami komplikasi.

Seorang pengguna Twitter menceritakan dia menyaksikan dengan mata kepalanya sendiri bagaimana dua anak sepasang ibu bapa antivaksin meninggal dunia akibat sistem imun yang lemah hasil tidak mengambil suntikan vaksin.

“Tiada rasa bersalah apabila anak mati.”

Mengapakah mereka bersikap begini? Seorang pengguna Twitter berpendapat, ia kerana mereka mahu sesuatu atau seseorang untuk dipersalahkan.

“Hospital patut ada hak untuk tidak rawat anak ibu bapa yang tidak vaksin.”

“Patut ada undang-undang lindungi hospital dari ibu bapa sebegini.”

“Patut gubal undang-undang wajibkan kanak-kanak ambil suntikan vaksin.”

Mungkin ini ada benarnya. Tidak memvaksin anak mendedahkan mereka kepada penyakit yang sepatutnya boleh dielakkan dengan vaksin, sehingga membawa maut.

Bagi penulis, ia satu bentuk kecuaian. Tidak tahu apa sebenarnya yang difikirkan oleh ibu bapa seperti ini, sedangkan Mufti sendiri mengatakan tidak memvaksin anak itu haram.

Dan bila anak sakit, pandai pula hantar anak ke hospital untuk dirawat doktor, sedangkan doktor berbuih mulut menasihatkan agar memberi anak suntikan vaksin. Kenapa tak makan herba  yang diagungkan itu saja? Рamazingnara.com

Comments

comments

Tinggalkan komen anda