Fuh! Lain Macam Gaya Najib Razak, Throwback Foto Terima Ijazah Tahun 1974

1

Sejak kebelakangan ini, bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak meletup di media sosial dan semakin mendapat perhatian rakyat Malaysia. Masih menerima sokongan padu sehingga ramai yang hendak bergambar dengan beliau apatah lagi sejak terkenal dengan fenomena ‘Malu Apa Bossku’.

Terbaru, Najib sekali lagi mencuri perhatian ramai dengan memuat naik foto graduasinya pada tahun 1974 ketika menuntut di Universiti Nottingham, England. Fuh! Lain macam betul gaya beliau ketika muda remaja.

Sebenarnya ia adalah jawapan balas kepada sesetengah pihak yang mendakwa beliau tidak menghabiskan pengajiannya.

Bagaimanapun, ia tetap mencuit hati netizen dan menggelarkan Najib sebagai ‘king of troll’.

“Stylo lah rambut, ‘troll’ berbisa”






Dengan rambut panjang keriting, memang ‘style’ habis gaya bekas perdana menteri ke 6 ini. Korang masa graduasi pula macam mana?

Sumber Berita : Facebook Najib Razak

Comments

comments

Tinggalkan komen anda