Empat Jam Menunggu Di Kaunter Perkhidmatan Kerajaan, Lelaki Hilang Sabar

39

Seorang lelaki hilang sabar di sebuah pejabat kaunter perkhidmatan kerajaan setelah menunggu dari pukul 10.00 pagi hingga 2.00 petang. Apabila tiba gilirannya untuk diberi perkhidmatan, dia bagaimanapun disuruh datang semula di masa lain, kerana kaunter mengalami masalah kekurangan staf dan sudah tiba masa rehat sedangkan ramai staf kelihatan berjalan tanpa melakukan apa-apa.


Rakaman kejadian tersebut boleh ditonton di bawah:


Lebih menarik perhatian, Netizen mendakwa mereka juga pernah mengalami situasi yang sama di kaunter perkhidmatan kerajaan, tetapi hanya menahan rasa geram.

“Boleh kata 90%  rakyat Malaysia pernah kena benda ni.”

“Dahlah lapar, tunggu empat jam. memang boleh jadi naga.”

“Pernah kena juga.”

“Kalau aku pun, aku marah. Dari kerajaan dahulu sampai sekarang, sama sahaja.”

Nampaknya Netizen berpihak kepada lelaki tersebut dan meminta mutu perkhidmatan di kaunter kerajaan di pertingkatkan.

Ada antara mereka berkata, sebilangan kaunter perkhidmatan kerajaan telah menjalankan tugas dengan efisien namun masih ada kaunter yang perlu memperbaiki mutu perkhidmatan dan meneliti semula masalah red-tape. 

Apa pun kita nantikan penjelasan rasmi yang munasabah dari pejabat terbabit.- amazingnara.com

Comments

comments

Tinggalkan komen anda