“Cheesy Char Kway Teow” Dikritik Netizen, 100 Pinggan Terjual Setelah Viral

2

Sejak kebelakangan ini, ramai suka meletakkan keju dalam beberapa jenis makanan dan menjualnya. Dari pisang goreng sehingga ke karipap, ia boleh dikatakan mendapat sambutan hangat. Namun begitu, beberapa keping gambar Char Kway Teow berkeju atau Cheesy Char Kway Teow yang dijual di sebuah outlet di Cyberjaya telah menjadi viral kerana diletakkan sos keju di atasnya yang dianggap tidak sesuai.

Netizen mengatakan menu itu mungkin boleh diterima jika keju dari tenusu yang asli diparutkan ke atasnya, bukan sos keju yang dibancuh dari serbuk.

“Bukan keju asli.”

“Nak panggil polis.”

“‘Keju’ murah RM 5. Menjijikkan.”

Namun begitu setelah viral, menu itu didakwa mendapat sambutan hangat dengan lebih 100 pinggan terjual satu malam.

Kata-kata Netizen ada benarnya. Mungkin lebih baik jika diletak keju sebenar yang diparut seperti pasta, berbanding menggunakan sos keju yang dibancuh dari serbuk. Bagaimanapun, harganya pastilah jauh lebih mahal.

Apa pun, ini tidak menghalang mereka yang ingin mencubanya membeli menu itu. Dan setakat ini, mereka berpuas hati. Apa lagi agaknya menu yang akan diletakkan sos serbuk keju selepas ini? – amazingnara.com

Comments

comments

Tinggalkan komen anda